Pengenalan


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..       

Pengenalan produk..

      Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpitketupat nasiketupat daun palaslemang dan lain-lain.

       Disebabkan itu, saya mecari jalan bagaimana untuk memasarkan serunding yang boleh dikatakan satu juadah yang begitu penting dalam kehidupan masyarakat kita sehingga ke hari ini. Terdapat dua jenis serunding yang saya jual adalah SERUNDING DAGING DAN SERUNDING AYAM.

Harga mengikut pasaran semasa dan juga harga perkhidmatan pos Malaysia.

No comments:

Post a Comment